PageGroup dan pejabat-pejabat, cawangan-cawangan dan syarikat-syarikat berkaitannya (“PageGroup” atau “kami”) adalah kumpulan syarikat perkhidmatan perundingan pengambilan manusia antarabangsa. Kami adalah komited untuk memastikan bahawa apabila kami mengumpul, mengguna dan sebaliknya memproses maklumat mengenai pelawat-pelawat (“anda”) ke laman web kami, kami berbuat demikian selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).

1. Pengumpulan Maklumat Peribadi

PageGroup mungkin mengumpul maklumat mengenai anda (secara kolektif “data peribadi anda”) seperti nama, butir-butir perhubungan, kemahiran, kelayakan, akreditasi dan butir-butir pekerjaan terdahulu anda. Kami mungkin juga mengumpul maklumat peribadi yang lain tentang anda seperti rujukan dan objektif pekerjaan sepanjang urusan kami dengan anda. (Sebagai contoh, sekiranya mempertimbangkan jawatan pekerjaan tertentu untuk anda). Di mana dapat dilaksanakan, tujuan kami mengumpul data peribadi anda dan akibat sekiranya data tidak diberi akan dijelaskan kepada anda semasa data peribadi anda dikumpul.

Apabila anda melayari laman web kami, kami boleh mengumpul data yang diberikan oleh anda apabila anda:

(a)        mendaftar atau melanggan untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau meminta perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk yang selanjutnya dari kami pada mana-mana laman web kami;

(b)        menghubungi kami untuk membuat laporan tentang masalah berkenaan laman web kami atau untuk membuat sebarang pertanyaan atau komen; dan

(c)        memohon kepada PageGroup secara dalam talian untuk pekerjaan. Anda mungkin perlu memberi (tanpa had) data mengenai pelajaran, butir-butir pekerjaan terdahulu dan akreditasi-akreditasi anda. Penghantaran permohonan anda kepada kami merupakan persetujuan nyata anda untuk kami mengguna, menyimpan dan memproses data peribadi anda untuk, antara lain, mengakses permohonan anda dan membenarkan kami untuk menjalankan sebarang pemeriksaan rujukan dan aktiviti-aktiviti berkaitan lain  yang mungkin perlu dijalankan oleh kami di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai. PageGroup juga boleh mengumpul data peribadi anda dari maklumat dan rekod umum dan pihak ketiga.

2. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

PageGroup akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan seperti yang didedahkan kepada anda semasa pengumpulan data peribadi anda, atau sebaliknya seperti yang dinyatakan di Dasar Privasi ini. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain tanpa mendapatkan persetujuan anda terdahulu, kecuali di mana dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Secara am, kami hanya akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

(a)        memberi atau memudahkan penghantaran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda;

 (b)       mengekalkan hubungan perniagaan kita, di mana anda merupakan pengguna laman web kami, pelanggan atau calon;

(c)        membenarkan anda menghantar vitae kurikulum anda secara amnya, untuk memohon pekerjaan-pekerjaan spesifik atau untuk melanggan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, “Job Alerts” atau “MyPage”);

(d)        memadan maklumat berkod anda dengan jawatan kosong, untuk membantu kami mencari jawatan yang paling sesuai untuk anda dan, di mana anda telah memberi persetujuan terdahulu anda sebagai calon, untuk menghantar data peribadi anda kepada pelanggan-pelanggan bagi tujuan memohon pekerjaan-pekerjaan untuk anda;

(e)        berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan–pertanyaan anda;

(f)         pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan  kepada anda, menasihati anda tentang berita-berita dan kemaskini industri, acara-acara, promosi-promosi dan pertandingan-pertandingan, laporan-laporan dan maklumat lain. Sekiranya anda tidak ingin menerima komunikasi sedemikian,  anda boleh berhenti melanggan daripada komunikasi-komunikasi tersebut pada bila-bila masa;

(g)        kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai di mana kami telah mengekalkan mereka untuk memberi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diminta oleh anda, seperti penilaian psikometrik atau ujian kemahiran, dan kepada pihak ketiga yang memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami, seperti penasihat profesional, perunding-perunding IT, rumah mel (“mailing house”) dan koordinator fungsi. Pihak ketiga ini wajib mematuhi dengan aku janji-aku janji privasi dan kerahsiaan yang sama seperti PageGroup;

(h)        sekiranya PageGroup bergabung dengan atau diambil alih oleh perniagaan lain, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pemilik-pemilik baru perniagaan dan penasihat-penasihat mereka dan sekiranya ini berlaku, anda akan dimaklumkan tentang kejadian tersebut;

(i)         kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pengawal selia atau pihak penguatkuasaan undang-undang, jika mereka mengkehendaki kami berbuat demikian;

(j)         memenuhi atau mematuhi sebarang kehendak undang-undang, peraturan atau keperluan berkanun berkenaan dengan peruntukan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kami dan untuk membuat pendedahan dibawah kehendak mana-mana undang-undang, perundangan, aturan, ketetapan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod (secara kolektif “undang-undang”) yang terpakai dengan kami;

(k)        penyelidikan, penanda aras dan penyelidikan statistik; dan

 (l)        kami mungkin juga akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedah data peribadi anda untuk sebarang tujuan atau sebab yang tidak disenaraikan di atas atau yang dibenarkan di bawah APDP atau sebarang undang-undang lain yang terpakai.

3. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

Sementara data peribadi anda akan disimpan secara sulit, dalam keadaan-keadaan tertentu, kami mungkin perlu memberi atau mendedah data peribadi anda jika diperlukan untuk sebarang tujuan yang dinyatakan di atas. Di mana kami berbuat demikian, kami hanya akan mendedah data setakat keperluan bagi tujuan pendedahan sedemikian.

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan kategori orang berikut (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia), seperti entiti-entiti dalam kumpulan PageGroup termasuk semua syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat-syarikat bersekutu, ahli gabungan, pemegang lesen, rakan usaha sama kami; sub-kontraktor dan penyedia perkhidmatan atau produk kami berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami; dan mana-mana badan atau orang kepada mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang atau sebagai balasan kepada pihak berkuasa kompeten atau kerajaan, kerajaan negeri, wilayah, tempatan, pihak berkuasa statutori atau perbandaran, pengawal selia industri, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, agensi atau perbadanan.

4. Data Peribadi Sensitif

Di bawah APDP, “data peribadi sensitif” bermaksud maklumat mengenai anda berkenaan pendapat-pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang sama, pelakuan atau pelakuan apa-apa kesalahan, keadaan atau kesihatan fizikal atau mental dan apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Kami akan membekalkan tujuan untuk pengumpulan data peribadi anda. Sebarang data peribadi sensitif yang kami kumpul hanya akan didedah atau diproses dengan persetujuan anda secara nyata.

5. Privasi Pada Laman-Laman Web Kami

 (a) Menghantar Kurikulum Vitae Anda (“KV”) dan Memohon Pekerjaan

Anda boleh menghantar KV anda kepada PageGroup menerusi laman web ini, sama ada untuk pertimbangan am oleh perunding pengambilan kami untuk jawatan-jawatan apabila timbul atau untuk memohon untuk jawatan spesifik yang telah diiklankan. Setelah dikemukakan, KV anda akan dihantar secara langsung kepada perunding pengambilan PageGroup yang berkenaan yang akan menyemak butir-butir anda dan menasihati anda sama ada anda akan diterima oleh kami untuk pendaftaran di pangkalan data pusat kami. Pangkalan data pusat ini, termasuk data peribadi anda, boleh diakses oleh mana-mana perunding pengambilan kami yang bekerja di pejabat-pejabat PageGroup yang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Jika anda diterima dalam pangkalan data pusat kami, perunding pengambilan kami akan menghubungi anda untuk menyediakan satu temu duga secara persendirian. Anda boleh mengemaskini KV anda pada sebarang masa, hanya dengan mengikut prosedur yang sama seperti menghantar satu KV baru menerusi laman web kami.

(b) “Job Alerts”

Anda boleh mendaftar untuk menerima emel yang memaklumkan anda tentang pekerjaan baru pada laman web kami Job Alerts . Untuk melanggan kepada “Job Alerts”, anda perlu memberi alamat emel anda, yang mana akan digunakan untuk tujuan memaklumkan anda menerusi emel tentang jawatan-jawatan terbaru dan/atau berita-berita dalam industri yang anda telah calonkan. Jika anda tidak lagi ingin menerima Job Alerts, anda boleh berhenti melanggan dengan menggunakan link berhenti melanggan yang tersedia dalam setiap emel Job Alert yang diterima oleh anda.

(c) Maklumat Agregat mengenai Pelawat-pelawat Laman Web

Kami mengumpul maklumat dan statistik tentang semua pelawat ke laman web ini dan laman web seluruh dunia kami, termasuk laman yang paling kerap diakses dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang paling kerap digunakan. Kami hanya menggunakan data dalam bentuk agregat (iaitu, data yang tidak mengenal pasti mana-mana satu individu). Data tersebut membantu kami menentukan bahagian yang paling berguna pada laman web kami dan cara-cara kami boleh memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian kami secara berterusan untuk mewujudkan pengalaman yang lebih baik secara keseluruhan untuk pengguna-pengguna kami. Kami juga menerbitkan sebahagian data agregat ini (yang tidak boleh dikenal pasti) dalam laman web PageGroup di  seluruh dunia.

6. Penggunaan “Cookies”

Akses Dasar Cookie baru kami dan baca tentang bagaimana kami mematuhi dasar terkini di sini.

7. Data Dipindah Melintasi Sempadan Antarabangsa

PageGroup adalah syarikat global dan kami berusaha untuk memberikan anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang sama di seluruh dunia. Rangkaian global kami merangkumi pejabat-pejabat, pusat-pusat data, pembekal perkhidmatan yang dipercayai dan perunding terlatih. Sifat perniagaan, operasi dan perkhidmatan kami mungkin mengkehendaki kami memindah data peribadi anda (dari semasa ke semasa) kepada syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Kami mungkin memindah data yang kami kumpul mengenai anda ke negara-negara selain negara asal anda atau selain negara dimana data dikumpulkan pada asalnya, seperti berikut:

(a) di mana anda mendaftar sebagai calon dalam pangkalan data kami, data peribadi anda boleh diakses oleh pejabat-pejabat kami yang lain dan bakal majikan- majikan di peringkat antarabangsa, termasuk di Australia, China, Hong Kong, India,Indonesia, Jepun, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, Ireland, UK dan Amerika Syarikat; dan

(b) ke syarikat-syarikat atau entiti-entiti yang lain di PageGroup di seluruh dunia untuk membolehkan pembangunan dan pemasaran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain,  untuk memperbaiki perkhidmatan pelanggan kami dan untuk menjadikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami lebih berharga kepada anda, termasuk menyesuaikan laman web kami apabila anda log masuk untuk menjadikannya lebih relevan kepada anda sendiri.

Dasar-dasar dan amalan-amalan privasi kami mungkin berbeza di kalangan negara-negara di mana kami beroperasi. Namun demikian,  kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan maklumat anda dilindungi dan ditangani mengikut kehendak undang-undang yang terpakai di setiap negara yang relevan dan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

8. Keselamatan

PageGroup mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan data peribadi anda selamat, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Internet bukan selalunya satu kaedah yang selamat untuk menghantar data. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda dengan melaksanakan sistem keselamatan digital di pelbagai bahagian laman web kami, namun PageGroup tidak boleh bertanggungjawab terhadap keselamatan data yang dihantar oleh anda kepada kami atau yang diterima dari kami menerusi internet atau untuk sebarang akses atau penggunaan data tersebut yang tidak dibenarkan. Di mana kami mempunyai link kepada laman web di luar PageGroup, kami tidak dapat memastikan privasi anda akan dilindungi selaras dengan Dasar Privasi ini. Anda patut merujuk kepada dasar privasi laman web yang lain itu memandangkan kami tidak mempunyai kawalan terhadap mereka dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang data yang telah dihantar kepada atau dikumpul oleh pihak ketiga tersebut.

9. Akses kepada Data Peribadi

Anda boleh meminta akses dan pembetulan kepada data peribadi anda yang dipegang di PageGroup atau meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau dipadam dengan menghubungi Pegawai Privasi PageGroup seperti yang dinyatakan dibawah. Kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda. Di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian, kami boleh menolak permintaan anda dan memberi sebab-sebab kami untuknya. Misalnya, di mana anda meminta supaya data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan dan terdapat pertikaian mengenai fakta-fakta, kami akan membuat nota pada data peribadi anda berkenaan pertikaian itu. Jika anda telah membuka akaun dengan PageGroup menerusi laman web kami, anda boleh melihat dan mengemaskini sebarang maklumat dengan log masuk ke akaun anda.

Anda juga boleh meminta PageGroup berhenti menggunakan data peribadi anda dan menghubungi anda dan kami akan mematuhi permintaan anda (sebagai contoh jika pada sebarang masa anda memilih untuk berhenti menerima berita dan maklumat terkini daripada kami, sila gunakan pilihan berhenti melangganyang termasuk dalam emel atau bahan komunikasi lain). Namun demikian, jika permintaan ini melibatkan permintaan untuk memadamkan fail anda, sila maklum bahawa kami tidak perlu atau tidak dapat berbuat demikian, terutamanya jika fail anda juga memegang data mengenai pelanggan-pelanggan kami. Kami berhak untuk mengenakan bayaran pentadbiran untuk sebarang akses data dan permintaan pembetulan.

10. Aduan

Di PageGroup kami berhasrat untuk mengakui penerimaan aduan anda secepat yang mungkin dan komited untuk menyelesaikan semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari  Namun demikian, mungkin terdapat keadaan di mana ini adalah tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kandungan aduan tersebut. Dalam keadaan demikian, kami akan membalas aduan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Anda mungkin ingin menghubungi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi jika anda tidak berpuas hati dengan balasan kami kepada aduan anda.

11. Perhubungan

Anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami  dengan menulis  kepada kami di alamat e-mel kami atau alamat pos kami di bawah, jika anda ingin meminta untuk  mengakses data peribadi anda yang dipegang oleh kami, meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau diperbetulkan, atau menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami. Jika anda ingin sebarang maklumat lanjut, atau anda mempunyai sebarang komen mengenai Dasar Privasi ini atau sebarang soalan atau aduan terhadap sebarang isu privasi, ini juga patut dikomunikasikan kepada kami dengan cara yang sama.

Butir-butir Perhubungan: [email protected]:

Michael Page International (Malaysia) Sdn. Bhd
Level 27, Integra Tower
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur, Malaysia 50400
Tel +603 2302 4000

12. Perubahan kepada Dasar Privasi ini

PageGroup mungkin meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda. Kami menyarankan anda kerap melayari laman web kami untuk mengikuti sebarang perubahan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.